Telekomunikasi boleh
didefinisikan sebagai komunikasi jarak jauh dengan menggunakan telefon,
telegraf, televisyen dan sebagainya. Penggunaan komputer pada masa kini telah menjadi seperti sebahagian dari
hidup kita. Perjalanan dan tugas seharian menjadi semakin mudah dan
tanpa disedari kita semakin bergantung kepada mesin yang kita panggil
komputer ini. Di bidang pendidikan pula, gabungan di antara penggunaan komputer dengan
dengan teknologi telekomunikasi telah menghasilkan apa yang kita kenali
sebagai Teknologi Maklumat.
Teknologi Maklumat telah berperanan sebagai asas untuk menyimpan maklumat, mengolah maklumat, menyalur dan mengedarkan maklumat di dalam pelbagai bentuk dan cara. Bahan atau maklumat tersebut dapat disalurgunakan sama ada di dalam bentuk teks, gambar, grafik, suara, animasi, dan video, atau gabungan kesemua unsur secara interaktif yang juga dikenali sebagai Multimedia. Semua bahan dapat disalurgunakan dengan menggunakan teknologi terkini, sama ada dengan rangkaian (networking), intranet dan internet.
Proses pengajaran-pembelajaran dapat dipertingkatkan mutunya dan dipelbagaikan penyampaian dan penerimaannya melalui beberapa teknik iaitu:
1. berbantukan komputer dan perisian
2. melalui sistem rangkaian (networking), perisian dan pangkalan data atau maklumat atau
3. melalui sistem internet, perisian dan pangkalan data.

Sistem Rangkaian (Networking) boleh ditakrifkan sebagai lebih daripada
satu hardware yang terdapat di dalam Teknologi Maklumat dipisahkan
secara fizikal kedudukannya tetapi disambung atau dirangkaikan dari segi
operasinya. Ini bererti, Sistem Rangkaian Komputer (Computer
Networking) merupakan satu sistem komputer yang mengandungi dua atau
lebih komputer yang dihubungkan di antara satu sama lain melalui sistem
pengoperasian yang selaras walaupun komputer-komputer tersebut berada di
tempat-tempat yang berbeza.
Melalui maklumat yang diperolehi di atas, bolehlah kita simpulkan bahawa Sistem Rangkaian Komputer (Networking) turut memainkan peranan yang tidak kurang pentingnya di dalam era teknologi maklumat terkini. Sistem rangkaian komputer merupakan sistem komputer yang berpaut bersama dengan terminal dan peralatan persisian yang lain melalui talian komunikasi. Rangkaian membenarkan pengguna yang berada pada kedudukan taburan geografi yang pelbagai untuk berkongsi aturcara, data dan peralatan. Teknologi rangkaian komputer ini yang pada awalnya hanya digunakan di kalangan masyarakat teknologi serta mereka yang gemar mencuba teknologi yang baru, tetapi kini menjadi antara teknologi yang mendapat penerimaan luas di kalangan masyarakat.

Jenis-jenis rangkaian
1. Rangkaian Kawasan Setempat (Local Area Network - LAN)
2. Rangkaian Kawasan Metropolitan (Metropolitan Area Network - MAN)3. Rangkaian Kawasan Luas (Wide Area Network - WAN)
huhuhuhu...tq share note nih....amat bguna...:)
ReplyDeletethanks tpi ada yang msih kna tmbah lgi...harap maaf yaaa.
ReplyDelete